Pintu Gerbang Rebana Ubi 1Malaysia Dibina Di Jalan Syed Putra

Diterbitkan: Isnin, 23 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pintu Gerbang Rebana Ubi bertemakan 1Malaysia akan dibina di Jalan Syed Putra, di sini. Pintu gerbang tersebut yang memaparkan iklan-iklan berkonsepkan 1Malaysia dan ciri-ciri perpaduan kaum, ditaja oleh sebuah syarikat tempatan Libroff Media Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM1.5 juta.

Pengurus Besar Libroff, Faisal Mohd Salleh berkata, "Setiap tahun selama tiga bulan, kita akan memperuntukkan hanya mesej iklan 1Malaysia secara percuma kepada kerajaan di pintu gerbang tersebut".

Dalam taklimat kepada pemberita mengenai pembinaan pintu gerbang itu, beliau berkata, syarikatnya juga akan membina tiga lagi pintu gerbang serupa di Kuantan, Ipoh dan Melaka selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pengarah syarikat itu, Datuk Maarof Rahman berkata penajaan gerbang itu adalah sebagai tanggungjawab sosial syarikatnya dalam membantu kerajaan. Turut hadir Pengerusi Libroff Datuk Seri Azman Ujang. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan