Perbicaraan Kes Nur Dhiya Mungkin Ditangguh Kerana Tiada Peguam

Diterbitkan: Isnin, 23 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Nur Dhiya Ain Rosman atas kesalahan dadah di Cape Town, Afrika Selatan yang dijadual pukul 9 pagi, pada Isnin (waktu Cape Town) mungkin ditangguh kerana tiada peguam mewakilinya.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya telah menemui beberapa peguam namun mereka enggan mewakili gadis tersebut atas alasan tersendiri.

"Kita juga percaya faktor kegagalan Nur Dhiya untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris di samping ketiadaan penterjemah yang sesuai akan menyukarkan proses perbicaraan berjalan dengan lancar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, Pesakit Kanser dan Media, di sini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya akan berusaha mendapatkan keadilan untuk gadis berusia 19 tahun itu yang juga dikenali sebagai Baby pada kalangan keluarganya.

Nur Dhiya yang dilarikan ke Afrika Selatan pada 10 Ogos lepas, telah ditahan oleh pihak berkuasa negara itu empat hari kemudian di sebuah hotel di Cape Town kerana dipercayai memiliki dadah jenis syabu seberat 1.2 kilogram.

Gadis malang itu kini ditahan di Pusat Tahanan Ravensmead dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Belleville atas tuduhan memiliki dadah.

"Nur Dhiya sebenarnya dijanjikan pekerjaan sebagai pemandu pelancong dengan gaji lumayan oleh sindiket tersebut, menyebabkan gadis berkenaan terpedaya dengan mudah.

"Kita memandang berat kes ini kerana ini merupakan kes penyeludupan dadah pertama seumpamanya di Afrika Selatan melibatkan orang Malaysia, dan jika didapati bersalah, gadis tersebut boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan