E-Permit Masih Belum Dimanfaatkan Sepenuhnya Di Kelantan

Diterbitkan: Isnin, 23 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sistem e-permit 1 dan 2 yang dibangunkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi tujuan mempermudahkan proses permohonan bagi pemeriksaan dan suntikan ternakan masih belum dimanfaatkan sepenuhnya pengusaha ternakan di Kelantan.

Pengarah JPV Kelantan Datuk Dr Mohd Zairi Serlan berkata ini berikutan pengusaha ternakan terutama di kawasan pedalaman tidak mempunyai kemudahan internet.

"Di Kelantan, masih ramai pengusaha ternakan yang belum memiliki kemudahan internet dan ada juga yang lebih selesa untuk terus berurusan di pejabat JPV," katanya.

Bagaimanapun, katanya jumlah yang menggunakan sistem itu mencatatkan peningkatan terutamanya di kalangan syarikat import dan eksport haiwan ternakan.

Mengenai kegiatan penyeludupan haiwan ternakan di musim perayaan, Mohd Zairi berkata JPV meningkatkan pemantauan di tiga kawasan sempadan iaitu di Rantau Panjang, Tumpat dan Jeli.

Katanya JPV menyediakan sebanyak 20 pusat kuarantin di sepanjang sempadan negara bagi memastikan ternakan yang dibawa masuk dari negara jiran bebas penyakit. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan