Puteri UMNO Sabah Perhebat Usaha Daftar Pemilih Muda

Diterbitkan: Ahad, 22 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pergerakan Puteri Umno Sabah telah mengarahkan kesemua 25 Puteri Umno bahagian di seluruh negeri memastikan setiap individu yang mencapai umur 21 tahun didaftarkan sebagai pengundi. Setiausaha Puteri Umno Sabah Aziah Atoh berkata arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"Kita mahu lancar gerakan secara bersepadu bagi memastikan sesiapa yang dianggap layak terutama golongan muda didaftarkan sebagai pemilih," katanya.

Aziah yang juga Pengerusi Unit Khas Pilihan Raya Puteri Umno Sabah berkata usaha mendekati golongan muda perlu dipertingkatkan bagi memberi penjelasan kepada mereka tentang dasar-dasar kerajaan.

Katanya Umno mempunyai 4.3 juta pemilih berdaftar di seluruh negara, dan usaha kini ditumpukan kepada 1.9 juta penduduk Melayu yang layak tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan