Pihak Penguatkuasa Perlu Gandakan Usaha Banteras 'Ikan Besar'

Diterbitkan: Ahad, 22 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pihak penguatkuasaan perlu menggandakan lebih usaha dan memperkemaskan organisasi mereka serta menggunakan sumbernya bagi membanteras lebih banyak jenayah yang melibatkan 'ikan besar' atau kes berprofil tinggi.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata ini kerana persepsi rakyat di peringkat akar umbi melihat usaha yang dilakukan pihak penguatkuasan hanya tertumpu kepada kes kecil berbanding kes besar yang melibatkan pihak berprofil tinggi masih tidak mencukupi.

"Itu persepsi rakyat yang mana merasakan apa yang dilakukan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) masih tidak mencukupi.

"Bukan sahaja SPRM tetapi juga Jabatan Kastam serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di mana badan ini perlu menyiasat dan menahan 'ikan-ikan besar' daripada peniaga-peniaga kecil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan negeri Perak di sini Ahad.

Beliau berkata pihak penguatkuasa hanya perlu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara rambang terhadap peniaga kecil untuk memastikan mereka mematuhi undang-undang.

Menurutnya sekiranya pihak penguatkuasaan menghadapi halangan dan kekangan tertentu bagi membanteras jenayah rasuah di kalangan pihak berprofil tinggi, mereka perlu mengenepikan semua halangan itu.

"Tindakan dikenakan terhadap 'ikan besar' kemungkinan lebih bagus daripada tindakan terhadap 1,000 'ikan kecil'," katanya.

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri(JPM) turut menggesa pegawai dan kakitangan kerajaan mempercepatkan pemprosesan permohonan bagi membolehkan setiap urusan perniagaan dapat berjalan dengan cepat dan lancar.

Beliau berkata sekiranya berlaku kelewatan dalam pemprosesan sesuatu permohonan, banyak projek kerajaan dan urusan perniagaan akan tergendala seterusnya boleh merencatkan perkembangan ekonomi negara.

Kerajaan perlu membenarkan penggunaan pekerja asing di negara ini dan pada masa yang sama hendaklah memastikan kawalan dan pemantauan dari segi undang-undang yang berkesan dijalankan, katanya.

Menurutnya jika khidmat pekerja asing tidak dibenarkan pada masa sekarang, ia akan menjejaskan operasi terutama di sektor perladangan dan perkilangan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan