Empat Beradik Yatim Piatu Bersahur Dengan Menteri

Diterbitkan: Ahad, 22 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JITRA: Kemiskinan empat beradik yatim piatu mendapat perhatian Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom yang singgah di rumah mereka di Kampung Gelong Rambai, Tunjang, dekat sini awal pagi Ahad untuk bersahur. Beliau dan isteri Datin Marziah Mohd Hasim tiba kira-kira pukul 2.30 pagi, disertai hampir 100 orang penduduk Kampung Gelong Rambai bersahur bersama beliau dan empat beradik itu.

Mohd Razmi Wahab, 28 memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah ibu mereka, Kamariah Othman, 47, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya semasa menghantar adik bongsunya, Noratikah, 12, ke sekolah Mac lepas.

"Selepas bapa kami, Wahab Baharom yang bekerja sendiri meninggal dunia akibat masalah paru-paru enam tahun lepas, saya melakukan pelbagai kerja untuk membantu ibu menyara keluarga.

Kini saya bekerja sebagai pemandu jentera pembajak dan memperoleh RM700 hingga RM800 sebulan," kata Mohd Razmi semasa ditemui di rumah mereka selepas bersahur bersama Mohd Johari dan isterinya.

Adik Mohd Razmi, Nordiana, 24, yang bekerja di sebuah kilang di bandar Jitra berkata beliau memperoleh kira-kira RM400 sebulan yang digunakan bagi menampung perbelanjaan termasuk adik bongsu mereka yang belajar dalam darjah enam di Sekolah Kebangsaan Tunjang.

Anak ketiga keluarga itu, Mohd Affandi, 18, tidak bekerja selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas.

"Pendapatan saya dan Nordiana sekadar cukup untuk perbelanjaan harian kami empat beradik. Tidak ada lebih untuk disimpan. Rumah yang kami duduk ini pusaka tok, telah uzur dan bumbung bocorpun tidak mampu kami baiki.

"Walaupun hidup serba kekurangan saya mahu Noratikah belajar bersungguh-sungguh dan tidak berhenti selepas menamatkan SPM seperti kami, abang dan kakaknya," kata Mohd Razmi.

Menurutnya beliau pernah memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk Noratikah selepas kematian ibunya tetapi ditolak oleh jabatan itu.

Sementara itu, Mohd Johari berkata beliau akan menghantar pegawainya menilai rumah tempat tinggal empat beradik itu sama ada boleh dibaiki atau perlu dibuat baru selain menimbang bantuan yang sewajarnya kepada mereka.

"Keutamaan sekarang ialah membina bilik air bertutup untuk mereka kerana mereka tiada bilik air dan mandi tanpa berlindung," kata Mohd Johari yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu.

Sempena majlis bersahur itu, Mohd Johari menyampaikan sumbangan makanan dan wang tunai untuk perbelanjaan empat beradik itu membuat persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan