Tabung DNA Perlu Diwujudkan Bagi Selesaikan Kes Pembuang Bayi

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu tabung asid deoksiribonukleik (DNA) perlu diwujudkan bagi setiap bayi yang baru lahir untuk membantu menyelesaikan kes buang bayi di masa hadapan, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pewujudan tabung berkenaan akan memudahkan polis mengenal pasti ibu bapa yang bertanggungjawab ke atas pembuangan bayi di masa akan datang.

"Walaupun memakan masa yang lama dan kos yang tinggi, namun itu sahaja langkah terbaik untuk menangani kes pembuangan bayi di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Balik Kampung, Rumah Selamat di IOI Mall Puchong dekat sini, Sabtu.

Khalid berkata penubuhan tabung itu perlu memandangkan kes pembuangan bayi sejak kebelakangan ini semakin meningkat dan tidak menampakkan jalan penyelesaian.

Sepanjang tahun ini, 75 bayi yang terdiri daripada 26 lelaki dan 25 perempuan serta 24 janin yang tidak diketahui jantinanya, dilaporkan telah dibuang.

Tahun lepas, 79 kes pembuangan bayi dicatatkan iaitu 25 bayi lelaki, 29 perempuan dan 25 janin yang tidak dikenal pasti jantinanya.

Khalid berkata masyarakat perlu bersikap lebih 'busy body' terutama dalam kes-kes sosial yang berlaku di depan mata mereka.

Katanya banyak kes melibatkan pembuangan bayi tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana kekurangan maklumat untuk membantu polis.

"Kita minta masyarakat agar tampil memberi kerjasama dan maklumat terutama dalam menangani isu pembuangan bayi ini," katanya.

Sementara itu, Khalid berkata seramai 800 anggota trafik dan 400 anggota tugas am akan bertugas dalam Ops Sikap sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, dan hanya 10 peratus anggota polis yang dibenarkan bercuti raya.

Mengulas tentang Kempen Balik Kampung Rumah Selamat, Khalid berkata polis akan terus memantau terutama di 52 kawasan hot spot melalui polis komuniti yang dijalankan.

"Polis komuniti yang dijalankan sebelum ini sangat berkesan dan pada Tahun Baru Cina yang lalu tidak ada kes pecah rumah dilaporkan sepanjang musim perayaan tersebut," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan