Perlu Jawatankuasa Khas Untuk Agih Peruntukan Kepada Sekolah - Berita Semasa | mStar

Perlu Jawatankuasa Khas Untuk Agih Peruntukan Kepada Sekolah

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas perlu ditubuhkan untuk mengagihkan secara sistematik RM280 juta peruntukan kerajaan untuk sekolah vernakular, agama dan mubaligh, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Beliau berkata cadangan bagi penubuhan jawatankuasa itu untuk mengagihkan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina, SRJK Tamil, Sekolah Agama Rakyat dan sekolah mubaligh telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

"Saya kemukakan (cadangan itu) kepada perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan mereka, pada prinsipnya, bersetuju cadangan itu baik.

"Jadi, kita perlu lihat bagaimana ia dilaksanakan, untuk memastikan dana itu diagihkan secara telus dan adil, kerana status kewangan sesetengah sekolah adalah lebih baik daripada sekolah yang lain," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti di Menara PGRM di sini, Sabtu.

Di bawah RMK-10, setiap kategori sekolah akan menerima RM70 juta.

Koh berkata pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan pendidikan seperti Dong Jiao Zong, bersama-sama dengan badan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan persatuan kristian, perlu mengadakan perbincangan dan merumuskan mekanisme itu.

Dalam perkembangan lain, Koh berkata Gerakan menyelar tindakan guru besar, masing-masing di Johor dan Kedah, yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman semasa perhimpunan sekolah. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan