Nik Aziz Enggan Ulas Isu Nama Guan Eng Dalam Khutbah - Berita Semasa | mStar

Nik Aziz Enggan Ulas Isu Nama Guan Eng Dalam Khutbah

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Di sebalik kelantangan pemimpin politik dan pihak tertentu menyatakan pendapat masing-masing mengenai isu menggunakan nama Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dalam khutbah Jummat, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengambil sikap membisu.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu hanya menyifatkan isu itu sebagai isu peribadi.

"Itu masalah peribadi, saya tak suka komen benda-benda peribadi macam tu," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, di sini, Sabtu.

Beliau mengakui tidak mengetahui isu itu dengan jelas dan bukan isu politik sebab itu beliau tidak mencampuri urusan tersebut.

Nik Aziz diminta mengulas tindakan beberapa masjid di Permatang Pauh dan Jelutong, Pulai Pinang yang dikatakan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Guan Eng dalam bacaan doa khutbah Jumaat.

Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan