Nelayan Malaysia Dilepaskan Kerana Tak Ada Bukti: Menteri Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia Fadel Muhammad berkata ketujuh-tujuh nelayan Malaysia yang ditangkap pegawai penguatkuasa kementeriannya di Tanjong Berakit, perairan utara Bintan, Kepulauan Riau pada 13 Ogos lalu, dilepaskan kerana pihaknya tidak ada bukti mereka melakukan pencurian ikan sebagaimana didakwa.

"Bukti itu berupa bot para nelayan dan ikan yang sudah mereka tangkap, tetapi semua itu tak ada kerana telah dibawa Polis Malaysia bersama tiga pegawai saya," katanya selepas acara diskusi bertajuk "Indonesia Malaysia, Serumpun Tapi Tak Rukun" yang dianjurkan Radio Trijaya, di Jakarta, Sabtu.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya membuat keputusan melepaskan ketujuh-tujuh nelayan itu kerana jikapun mereka akan didakwa, ia akan memerlukan waktu yang lama untuk diproses, mungkin sehingga enam bulan.

Fadel berkata para pegawai penguatkuasa kementeriannya mengetahui kehadiran nelayan Malaysia di perairan Indonesia menerusi aduan orang awam dan mereka terus ke lokasi dengan sebuah bot peronda kecil dan menahan ketujuh-tujuh nelayan itu.

"Ketika ditanya, para nelayan menjawab mereka terbawa arus sehingga masuk ke wilayah perairan Indonesia, sementara GPS yang mereka miliki rosak," katanya.

Sementara itu, jurucakap Kementrian Luar Negeri Indonesia Teuku Faizasyah dalam program diskusi itu, berkata Indonesia berusaha membawa balik tiga warganya yang ditahan Malaysia dalam insiden itu secepat mungkin melalui prosedur yang digunakan di Malaysia.

"Ketujuh-tujuh nelayan Malaysia diproses oleh polis Indonesia di Batam, Provinsi Kepulauan Riau. Kalau waktunya berdekatan, mungkin saja akan timbulkan persepsi. Tapi realitinya itu merupakan dua proses yang berbeza," katanya.

Teuku Faizasyah berkata insiden yang berlaku pada 13 Ogos itu harus ditangani menerusi jalan diplomasi menuju pada satu tujuan negara tetapi dengan cara yang terbaik.

Nota bantahan yang dihantar kepada Malaysia, katanya merupakan hal yang wajar bagi negara yang memiliki perbatasan wilayah kerana nota itu akan menjadi dasar Indonesia dalam perundingan antarabangsa untuk mempertahankan kedaulatannya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan