Khutbah: Amaran Keras Kepada Imam, Khatib

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I, Mansor Othman memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan kepada khatib atau imam di negeri itu sekiranya dakwaan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah digugur dan digantikan dengan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng didapati benar.

Sambil menyifatkan tindakan menggantikan nama Tuanku Mizan dengan nama Guan Eng hanya akan dilakukan oleh imam dan khatib yang tidak siuman, beliau turut memberi amaran keras serta berjanji tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.

"Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas," katanya dalam kenyataan bersama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri, Abdul Malik Kassim di sini pada Sabtu.

Kenyataan itu ekoran bantahan yang dibuat oleh Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang apabila nama Guan Eng digunakan dalam bacaan khutbah solat Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong di beberapa masjid baru-baru ini.

Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Jelutong.

Bagaimanapun Mansor dan Kassim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menyatakan teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

"Kerajaan negeri dan JHEAIPP juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut," katanya.

Selain itu Mansor menyifatkan dakwaan berkenaan merupakan fitnah yang sengaja dibuat bagi memburukkan kerajaan negeri.

"Dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama serta boleh membawa insiden yang tidak diingini.

"Guan Eng yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam pun dianiayai," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan