Jangan Terlalu Memikirkan Isu Perkauman:Presiden Gerakan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rakyat perlu berhenti daripada terlalu memikirkan isu perkauman termasuk mengenai kuota serta ekuiti Bumiputera dan berhenti daripada bergaduh berhubung perkara itu, kata Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pertengkaran secara terbuka tidak membawa apa-apa kebaikan dan beliau sebaliknya meminta setiap individu untuk memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi negara.

"Saya merayu kepada semua agar jangan memperbesarkan isu perkauman dan kritikan. Jangan terlalu memikirkan tentang sudut perkauman. Jika perkara ini berterusan, kita akan semakin kurang berkongsi dan lebih banyak bertengkar.

"Saya nasihatkan (Presiden Perkasa) Datuk Ibrahim Ali agar lebih memberi tumpuan tentang bagaimana memperkasakan pengetahuan, pengalaman dan daya saing di kalangan Bumiputera daripada melukakan perasaan kaum lain dengan berkata itu dan ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pergerakan itu di Menara PGRM di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan MCA semasa kongres ekonomi baru-baru ini yang mencadangkan pengurangan secara berperingkat 30 peratus ekuiti Bumiputera yang telah mendapat reaksi negatif beberapa pertubuhan Bumiputera terutama Perkasa.

"Saya fikir apa yang lebih penting adalah bagaimana kita memberi fokus pada peningkatan kualiti, daya saing dan melahirkan keusahawanan yang produktif. Semangat untuk mencapai kecemerlangan adalah lebih penting.

"Kita perlu memberi tumpuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dan mengembangkan kek ekonomi negara tanpa perlu memikirkan kuota," kata Koh.

Mengenai isu lain, Koh berkata Gerakan akan menubuhkan Biro Pekerja dalam tempoh dua bulan lagi bertujuan mengatasi masalah dan kebajikan pekerja di negara ini termasuk isu gaji minimum.

Katanya pemimpin dan bekas anggota kesatuan sekerja akan dijemput untuk menyertai biro tersebut.

Koh berkata mesyuarat itu juga meluluskan penubuhan Biro Analisis Dasar dan Strategi Politik manakala kedua-dua Unit SME dan Unit Hubungan Antarabangsa akan dinaik taraf ke status biro. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan