Tindakan Tegas Sebagai Pengajaran Kepada Mereka Bersikap Perkauman

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan yang berupa racis agar hukuman itu menjadi pengajaran kepada yang lain.

Katanya mereka yang didapati bersalah hendaklah didakwa mengikut Akta Hasutan dan bukan hanya dipindahkan jika mereka kakitangan kerajaan.

Beliau membuat kenyataan itu ekoran seorang lagi guru besar sekolah di Kedah didakwa mengeluarkan perkataan hasutan terhadap beberapa murid kerana makan di kantin sekolah semasa bulan Ramadan.

"Jawatankuasa Kerja Pusat MIC (CWC) merasakan hukuman berat mestilah dikenakan terhadap orang seperti itu sama ada mereka pegawai kerajaan atau ahli politik," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata tindakan terhadap mereka yang racis mestilah sebagai peringatan kepada yang lain agar mereka akan berhati-hati dan menghormati sensitiviti pelbagai bangsa di negara ini.

"Pandangan kita sangat serius mengenai trend ini. Jika kita benarkan ini berlaku berkali-kali, kita mungkin dalam bahaya.

"Saya merayu kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka yang menyebarkan sikap racis. Kita jangan tunggu sehingga mereka hasut kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap mereka," kata beliau.

Samy Vellu berkata beliau sedih kerana masih ada sesetengah rakyat Malaysia bertindak yang boleh memudaratkan imej dan keselamatan negara.

"Biarlah kita bertindak segera untuk menyelamatkan perpaduan kita dan menghukum mereka yang mahu menimbulkan kekacauan," tambah beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan