Segala Masalah Diselesaikan Dalam Semangat Permuafakatan BN: Najib

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata apa jua masalah yang timbul dalam kalangan pemimpin parti komponen Barisan Nasional perlu diselesaikan dalam semangat pemuafakatan parti berkenaan.

Perdana Menteri berkata, sebagai sebuah parti yang sudah banyak pengalaman, BN mampu menguruskan segala masalah yang ada demi kepentingan bersama.

"Mereka boleh berbincang pada bila-bila masa dan saya sebagai Pengerusi BN tetap memberi masa untuk semua parti komponen mengemukakan pandangan dan cadangan mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan di sini Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai beberapa kenyataan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini yang menyentuh sensiviti kaum di negara ini.

Najib berkata beliau faham ada pemimpin parti komponen BN terpaksa membuat kenyataan yang dilihat menyentuh sensiviti sesuatu kaum.

Namun, beliau berharap semua pihak perlu sedar bahawa mereka yang mendengar ucapan atau kenyataan pemimpin BN itu terdiri daripada seluruh rakyat Malaysia.

"Dan apa pun kita buat, yang kita cakap, perlu ambil pertimbangan reaksi daripada kaum-kaum lain," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi orang Melayu, mereka merasakan kedudukan mereka dalam bidang ekonomi masih lemah serta ketinggalan dan perlu mendapat pembelaan dan pertolongan daripada kerajaan melalui pelbagai dasar.

Pada masa yang sama, kaum Cina juga mempunyai pertimbangan mereka yang berbeza dengan pertimbangan orang Melayu, kata.

"Inilah yang jadi dikotomi (pembahagian antara dua kumpulan) dalam masyarakat kita. Jangkaan masyarakat Melayu dan Cina berbeza.

"Jadi salah satu daripada cabaran ialah untuk menguruskan dikotomi politik dalam negara kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan