MCA Tidak Campur Tangan Dalam Isu DJ Star Rfm Diminta Bercuti

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA tidak pernah campur tangan dalam operasi akhbar The Star atau Star Rfm Sdn Bhd yang memiliki stesen radio Mandarin 988, kata presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata parti itu menyedari status The Star Publications (M) Bhd, yang memiliki stesen tersebut, sebagai sebuah syarikat penyenaraian awam dan tanggungjawabnya kepada pemegang saham.

MCA, menerusi Huaren Holdings memiliki kedua-dua syarikat itu.

Kepimpinan parti tidak akan campur tangan dalam operasi dan pengurusan The Star dan stesen radio itu kerana kedua-duanya diuruskan oleh pasukan yang bebas dan profesional dan terpulanglah kepada mereka untuk membuat keputusan mengenai operasinya, kata Dr Chua dalam kenyataan di sini Jumaat.

Beliau membuat kenyataan ini berikutan keputusan stesen itu tidak membenarkan deejay popularnya Jamaluddin Hassan ke udara.

"Saya jumpa DJ Jamaluddin pada 3 Mei, 2010, di ibu pejabat MCA apabila DJ itu minta untuk jumpa saya.

"Pertemuan dengan wartawan, sama ada media cetak atau elektronik, merupakan sebahagian daripada tugas saya sebagai presiden parti. Tidak benar bahawa saya jumpa dia lima kali seperti yang didakwanya," katanya.

Dr Chua berkata beliau diberitahu bahawa stesen itu telah menerima sepucuk surat amaran daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jamaluddin diminta bercuti.

"MCA tidak bertanggungjawab dengan keputusan mengenai Jamaluddin. Saya tegaskan bahawa MCA tidak akan campur tangan dalam kes ini dan perkara itu dikendalikan sepenuhnya oleh pengurusan berkenaan," kata beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan