Kukuh Fundamental Ekonomi Lebih Baik Daripada Pakej Rangsangan, Kata PM

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri berkata adalah lebih baik kerajaan mengukuhkan kekuatan fundamental daripada memperkenal pakej rangsangan ekonomi secara kerap bagi menangani kelembapan ekonomi.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata negara perlu mengelak daripada terlalu kerap memperkenal pakej rangsangan kerana setiap kali diperkenalkan, defisit kerajaan akan bertambah.

Namun begitu, Najib berkata rangsangan, terutama kepada pelabur tempatan untuk membuat pelaburan, perlu diteruskan.

"Jika kita dapat melakukan perkara ini dan projek-projek yang mempunyai kesan limpahan yang besar kepada ekonomi negara, kesan pengganda utama dapat kita laksanakan ... jika tahun depan ada sedikit penurunan dari segi permintaan luar, kita masih boleh mencapai sasaran enam peratus itu," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara, di sini hari ini.

"Rangsangan fiskal adalah pilihan terakhir. Ia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Dan ia tidak boleh kita lakukan secara tetap," katanya.

Bagi menangani kesan krisis ekonomi yang melanda dunia lewat beberapa tahun lepas, kerajaan memperkenal pakej rangsangan ekonomi negara berjumlah RM67 bilion.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 8.9 peratus bagi tempoh suku kedua, Najib berkata: "Saya tidak kecewa dengan angka 8.9 peratus. Siapa yang akan kecewa dengan pencapaian 8.9 peratus? Beritahu saya."

"Namun kita mesti memastikan sasaran tahunan dicapai. Kita tidak boleh melihat tempoh satu suku atau dua suku. Kita melihat keseluruhan tahun dan menjangkauinya."

Ditanya sama ada perkembangan ekonomi akan terjejas berikutan kelembapan berterusan ekonomi di Eropah ketika ini, Najib berkata: "Impaknya agak kecil."

Namun, katanya kesan pengurangan pertumbuhan di Eropah itu tidak akan menjejaskan sasaran pertumbuhan ekonomi negara, dan yakin sasaran enam peratus boleh dicapai.

"Kita perlu memantau perkembangan di luar negara dan pada masa yang sama, permintaan dalaman perlu dipastikan berada pada tahap yang kukuh," katanya.

Memandangkan liberalisasi mata wang asing akan menjejaskan ekonomi, Najib berkata: "Impaknya minimum. Ringgit mengukuh namun ia tidak akan menjejaskan eksport."

Ringgit mencapai paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun minggu ini, dengan merekodkan paras RM3.18 berbanding satu dollar Amerika. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan