Kerajaan Pusat Setuju Kenaikan Tarif Air, Cukai Tanah Diseragam - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 20 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan Pusat pada prinsipnya bersetuju supaya cadangan kenaikan tarif air dan cukai tanah di semua negeri diseragamkan pada masa depan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata bagaimanapun perkara itu tertakluk kepada persetujuan negeri-negeri tanpa mengira fahaman politik mengenai kedua-dua cadangan berkenaan.

"Dalam soal hasil tanah dan juga daripada segi kos bekalan air, kita akan cuba mendapatkan persefahaman dalam hal ini.

"Dalam erti kata lain, kalau ada cadangan hendak naikkan harga air atau cukai tanah, kita sedang cuba untuk mendapatkan pendirian yang seragam atau bersama di antara semua kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kewangan Kewangan di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau memberi tempoh dalam bulan Ramadan ini kepada semua kerajaan negeri memaklumkan kepadanya sama ada mereka bersetuju supaya beliau menjadi hos kepada satu perbincangan selepas Hari Raya bagi mencari kata sepakat dalam hal tersebut.

Katanya ini memandangkan kerajaan negeri menghadapi tekanan pendapatan dan sumber yang terhad manakala kos untuk segala tanggungjawab kerajaan negeri, termasuk bekalan air kian meningkat.

"Jadi kalau ada cadangan untuk menaikkan harga air dan cukai tanah, (maka) akan berlaku unsur politik dalam hal ini. Tetapi kalau semua negeri bersetuju, tiadalah mainan politik sama sekali.

"Ini satu gambaran yang begitu positif sekiranya dapat dicapai dalam masa terdekat. Belum pernah lagi kita dapat melakukan perkara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan