Umat Islam Perlu Kuasai Ilmu Pengurusan Ekonomi - TPM

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri berkata adalah penting bagi umat Islam di Malaysia memiliki tahap pengurusan ekonomi yang baik untuk memastikan mereka berkemampuan menguasai pelbagai bidang dan muncul sebagai umat yang maju.

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pengurusan ekonomi yang baik adalah resipi paling baik untuk memastikan umat Islam maju di dalam ekonomi.

"Jika ekonomi dapat diuruskan dengan baik, usaha untuk menguasai pelbagai bidang dan seterusnya maju di dalam ekonomi akan dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan wang zakat sumbangan Agrobank kepada fakir miskin serta anak yatim Parlimen Pagoh di Penchu, Pagoh Khamis.

Beliau yang juga anggota Parlimen Pagoh berkata pengurusan ekonomi yang baik penting dalam memastikan negara terus mencapai pertumbuhan yang baik dalam usaha untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Menurut Muhyiddin pertumbuhan ekonomi 8.9 peratus pada suku kedua tahun ini sebagaimana yang diumumkan semalam, membuktikan pengurusan ekonomi negara ketika ini adalah di landasan yang betul.

Beliau berkata sasaran negara adalah untuk mencatatkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya enam peratus selama 10 tahun sehingga tahun 2020 untuk usaha menjadi sebuah negara maju pada 2020 tercapai.

Muhyiddin berkata negara bukan sahaja berhasrat menjadi negara maju pada 2020 tetapi juga mahu memastikan pendapatan perkapita penduduk negara ini meningkat sekali ganda daripada US$7,000 seorang kepada US$15,000 selaras dengan sasaran yang ditetapkan oleh Model Ekonomi Baru (MBE).

"Nikmat hasil daripada pembangunan ekonomi negara harus dirasai oleh semua rakyat, tidak kira mereka yang tinggal di bandar mahupun di luar bandar," katanya.

Oleh itu katanya, kerajaan juga akan mengolah Model Ekonomi Luar Bandar bagi memastikan rakyat yang tinggal di kawasan luar bandar mampu menikmati kemajuan ekonomi yang dikecapi oleh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan