PKR Dianggap Menipu Kononnya 1,000 Anggota BN Di Kota Marudu Keluar Parti

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA MARUDU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta berhenti menipu orang ramai kononnya 1,000 anggota Barisan Nasional kebanyakannya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di Kota Marudu telah keluar parti dan menyertai pembangkang.

Ketua Pemuda PBS bahagian Tandek, Christopher Mandut, berkata dakwaan itu adalah satu cubaan terdesak oleh PKR untuk mempengaruhi anggota-anggota BN yang setia dan juga orang ramai.

Katanya satu perhimpunan baru-baru ini yang kononnya bertujuan membolehkan anggota BN menyerahkan borang permohonan menyertai PKR sebenarnya dihadiri sekitar 100 orang, kebanyakannya kanak-kanak.

"Tidak ada mana-mana pemimpin PBS yang melompat parti," katanya ketika mengulas laporan akhbar kononnya lima cawangan PBS di Kota Marudu iaitu Talamason, Mogis, Pompodon, Pangapuyan dan Paka, telah atau akan dibubarkan akibat daripada peletakan jawatan beramai-ramai itu.

Mandut berkata orang ramai sudah tahu bahawa PKR tidak mampu memenuhi keperluan rakyat sebaliknya mereka mengharapkan BN untuk terus melindungi hak mereka. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan