Modul PLKN Mampu Cegah Masalah Sosial

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Modul Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu mencegah remaja daripada terlibat dengan masalah sosial termasuk pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi pada masa ini.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata modul sedia ada berhubung anti-jenayah yang dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) berkait rapat dengan masalah berkenaan.

Selain itu, katanya penerangan berhubung kesan-kesan kelakuan tidak bermoral juga sentiasa diadakan untuk memberi kesedaran kepada pelatih.

"Saya yakin selepas melalui program (PLKN) ini, mereka sepatutnya tidak akan terlibat dengan gejala-gejala seperti buang bayi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program JLKN bersama sekolah di Kem Hijrah dekat sini, hari ini.

Beliau berkata pada masa ini, pihaknya tidak bercadang memperkenalkan modul baru khusus bagi menangani masalah sosial, namun mengalu-alukan sebarang cadangan daripada orang ramai.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata seramai 48,000 pelajar dari 160 sekolah di seluruh negara terlibat dalam program lawatan ke kem-kem PLKN bertujuan memberi pendedahan berhubung aktiviti pelatih PLKN.

Beliau berkata melalui program sehari itu, pelajar akan mengikuti sesi penerangan dan diberi pilihan untuk menjalani aktiviti fizikal.

Katanya program yang telah bermula pada kemasukan pelatih PLKN kumpulan 3/2010 mendapat maklum balas positif apabila terdapat pelajar yang menyuarakan hasrat untuk mengikuti PLKN secara sukarela jika tidak terpilih mengikuti program itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan