Kelantan Laksana 12 Hukuman Sebat Bagi Kesalahan Syariah Sejak 1987

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pihak berkuasa agama Islam Kelantan telah mengenakan hukuman sebat ke atas 12 pesalah jenayah syariah selepas Enakmen Kanun Jenayah Syariah diperkenalkan di negeri itu pada 1986.

Ketua Hakim Syarie Kelantan Datuk Daud Mohamad berkata, hukuman sebat yang pertama dilaksanakan di Penjara Pengkalan Chepa pada 25 Jan 1987 yang melibatkan pesalah mukaddimah zina dengan dikenakan tiga sebatan.

"Sejak itu Mahkamah Syariah menjatuhi hukuman sebat ke atas 12 kes, termasuk dua kes digugurkan," katanya dalam kertas kerja yang dibentangkan pada Seminar Hukuman Sebat Syariah sempena Majlis Sambutan Hari Hududullah peringkat negeri 2010 di sini, Khamis.

Dalam kertas kerja bertajuk "Hukuman Sebat Dalam Kes Jenayah Syariah; Realiti Pelaksanaan" Daud berkata setakat ini tiada kes liwat dilaporkan di negeri ini.

Menurut beliau, kes-kes yang boleh dikenakan hukuman sebat itu tertakluk dalam Enakmen Kanun jenayah Syariah Negeri Kelantan Nombor 2 Tahun 1985 yang antara lain meliputi zina, mukadimah zina, liwat dan minum minuman keras yang memabukkan.

Sebagai seorang daripada penggubal enakmen itu, Daud berkata, sebelum melaksanakan hukuman sebat di Kelantan, beliau memberi taklimat kepada pihak penjara di Jabatan Hal-Ehwal Ahgama Islam berhubung cara-cara dan kaedah pelaksanaan sebat dan menunjukkann jenis rotan yang digunakan untuk sebatan.

"Menurut peruntukan hukum syarak di bawah jenayah syariah, pesalah yang disabitkan kesalahan yang didakwa mahkamah syariah boleh dikenakan hukuman sebat.

"(Bagaimanapun) hukuman itu tertakluk kepada jenis-jenis kesalahan yang dilakukan pesalah tersebut seperti kesalahan berzina bagi penzina yang ghair muhsan, menuduh orang lain berzina (qazaf), minum arak, dan lain-lain kesalahan yang boleh dikenakan hukuman takzir yang tidak ditentukan oleh syarak mengenai kadar atau bentuk hukuman itu," katanya.

Beliau berkata, hukuman sebat dalam hudud wajib dilaksanakan sebagai menunaikan hak dan perintah Allah s.w.t.

Sementara sebat dalam dalam takzir iaitu kesalahan-kesalahan yang dikenakan dengan satu atau lebih seksaan takzir, selain seksaan hudud qisa, diat dan kaffarah.

"Takzir bererti dera yang menjadi pengajaran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan