Jakim Periksa Lebih 20 Premis Minggu Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan melakukan pemeriksaan terhadap lebih 20 premis makanan di sekitar Lembah Klang termasuk Putrajaya pada minggu ini.

Pengarah Bahagian Hub Halalnya, Saimah Mokhtar berkata, antara lokasi yang dikenal pasti adalah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bangi dan Kajang.

“Lokasi premis bukan sekadar menumpukan hotel-hotel yang menawarkan promosi bufet Ramadan, bahkan turut membabitkan restoran dan tempat pelancongan.

“Ini kerana premis terbabit turut tidak ketinggalan menawarkan promosi itu kepada pelanggan sempena bulan Ramadan ini,” katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Saimah berkata, Jakim telah melakukan pemeriksaan ke atas 21 hotel dan tiga restoran di sekitar Lembah Klang dan Genting Highlands sejak 1 Ramadan sehingga kini.

Berdasarkan pemantauan, katanya, masih terdapat ramai pengusaha premis makanan tidak memahami maksud sebenar penggunaan istilah bufet Ramadan.

Menurut beliau, pengusaha restoran pula beranggapan Jakim hanya melakukan pemantauan terhadap hotel sepanjang Ramadan.

“Sama ada hotel atau restoran, pemantauan dilakukan secara adil kerana kedua-duanya menyediakan perkhidmatan makanan kepada pengguna Muslim.

“Ini adalah pemantauan berkala terhadap premis yang tidak mempunyai sijil halal termasuk yang sudah peroleh pengiktarafan halal diiktiraf,” ujarnya.

Bufet Ramadan merupakan istilah 'perbahasaan halal' yang merujuk kepada penggunaan dalam makanan atau apa juga bentuk perdagangan atau perniagaan yang bermaksud halal dan ditanggung halal.

Mereka yang didapati bersalah menyalahgunakan istilah itu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Di bawah akta itu, mereka terbabit akan dikenakan denda maksimum RM250,000 dan kesalahan kedua serta seterusnya dikenakan denda maksimum RM500,000.

Saimah berkata, mana-mana premis yang menawarkan bufet Ramadan tetapi tidak mempunyai sijil halal akan diminta supaya memberhentikan promosi itu serta-merta.

“Jakim akan melakukan pemantauan setiap hari sepanjang Ramadan dengan memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengusaha premis mengenai halal.

“Mereka yang tidak mempunyai sijil halal dinasihatkan agar membuat permohonan pensijilan demi kepentingan pengguna,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Jakim akan melakukan penguatkuasaan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekiranya terdapat aduan terhadap premis makanan membabitkan isu halal.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan