Isu Air: Kerajaan Persekutuan - Kerajaan Negeri Selangor Teruskan Rundingan

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan akan meneruskan rundingan dengan kerajaan Selangor dan syarikat konsesi bagi menyelesaikan isu industri perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Perkhidmatan Air, Sektor Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Sutekno Ahmad Belon berkata kerajaan pusat akan cuba mengusahakan agar semua pihak terbabit mendapat manfaat sewajarnya.

Masalah berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor untuk menerima cadangan penyusunan semula oleh kerajaan pusat dan pada masa yang sama mahu cadangan mereka diterima, katanya semasa taklimat bersama penulis blog mengenai isu tersebut, di sini Khamis.

Katanya antara cadangan kerajaan pusat ialah perjanjian konsesi yang sedia ada dengan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dimansuh dan diganti dengan lesen.

"Turut dicadangkan agar perjanjian konsesi Splash, Puncak Niaga dan Abass dirundingkan semula dan semua operator air dikawal selia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span)," katanya.

Bagaimanapun, Sutekno berkata cadangan tersebut ditolak Selangor yang mahu memastikan bekalan air negeri itu terus dikuasai kerajaan negeri seperti mana negeri-negeri lain.

Namun masalah timbul kerana Selangor tidak mempunyai kemampuan daripada segi kewangan untuk mengambil alih keempat-empat syarikat konsesi air terbabit, katanya.

Sutekno berkata bagi menyelesaikan masalah kewangan mereka, kerajaan Selangor bercadang menjual aset kerajaan negeri kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), iaitu syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan pada nilai yang tinggi dan mahu syarikat air menerima tawaran mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan