Arjunan Buat Laporan Polis Dakwa Terima Ugutan Bunuh

Diterbitkan: Khamis, 19 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR), M.S Arjunan pada Khamis membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi satu panggilan telefon, petang Rabu.

Setiausaha PKR Ipoh-Barat itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Arjunan berkata beliau membuat laporan polis itu kerana khuatir terjadi sebarang perkara yang tidak diingini terhadap diri dan anggota keluarganya.

Beliau mendakwa menerima panggilan tersebut kira-kira pukul 3.39 petang Rabu dari seorang lelaki berbangsa India yang tidak dikenali yang memaki serta mengugut untuk membunuhnya dan keluarganya.

Sabtu lepas, Arjunan membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahterana Bandar Datuk M. Saravanan mendakwa timbalan menteri itu terlibat dalam kegiatan tidak bermoral seperti pelacuran dan gangsterisme di Brickfields.

Beliau mendakwa mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaannya itu namun ia diberikan kepada peguamnya untuk didedahkan setelah kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Sementara itu Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata selagi Arjunan tidak kemukakan bukti yang dimiliknya, selagi itu juga polis tidak dapat teruskan siasatan.

Justeru, katanya tidak ada alasan untuk polis memanggil atau merekodkan keterangan timbalan menteri berkenaan.

Pada Rabu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Arjunan yang enggan memberi kerjasama dan menyembunyikan bukti berkenaan dakwaannya terhadap timbalan menteri itu.

Beliau berkata sikap Arjunan hanya akan melewatkan proses siasatan yang sedang dilakukan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan