Waspada E-Mel Palsu Guna Nama LHDN

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendedahkan penglibatan sindiket antarabangsa menipu orang ramai bagi mendedahkan maklumat perbankan mereka menerusi e-mel palsu yang kononnya dihantar agensi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, sindiket terbabit mengambil kesempatan melakukan penipuaan tersebut ketika agensi itu sedang dalam proses pembayaran balik lebihan bayaran cukai.

"Difahamkan melalui aduan-aduan yang diterima, mangsa bukan sahaja terdiri daripada pembayar cukai berdaftar, tetapi ada juga mangsa di kalangan mereka yang langsung tidak mempunyai nombor pendaftaran cukai," katanya padaa sidang media bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengenai penyalahgunaan sistem penyampaian melalui media elektronik di sini pada Rabu.

Menurut Hasmah, sejak 21 Julai hingga 17 Ogos lalu, LHDN mendapat banyak aduan daripada orang ramai yang memaklumkan bahawa mereka menerima e-mel daripada alamat Tax-Payment@hasil.gov.my dan taxrefunds@hasil.gov.my berkaitan lebihan cukai sebanyak RM700 dan RM2,812.49 yang boleh dikembalikan.

"Tapi ingin saya sahkan bahawa emel tersebut adalah palsu dan ia bukan dihantar oleh LHDN.

"Modus operandi sindiket penghantar emel palsu ini, mangsa diminta untuk mengklik pautan ke laman web palsu LHDN di mana pada laman web tersebut menyatakan bahawa penerima layak menerima bayaran balik sebanyak RM700 dan disertakan logo CIMB Bank dan Public Bank bersama-sama pautan palsu ke bank-bank tersebut," katanya.

Jelas Hasmah, sekiranya arahan berkenaan diikuti, mangsa tanpa disedari akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka.

"Bila maklumat-maklumat itu diberikan, penjenayah siber ini akan gunakannya untuk masuk ke laman web sebenar bank-bank berkenaan bagi mengeluarkan duit simpanan mangsa," katanya.

Pada masa yang sama beliau menasihatkan agar orang ramai yang mungkin telah terpedaya dengan mendedahkan maklumat peribadi melalui pautan laman web paslsu berkenaan agar melaporkan perkara tersebut kepada polis dan SKMM.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan