Reaksi Berbeza Terhadap Pelaksanaan Hukuman Berat Kes Buang Bayi

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah kes buang bayi bagi mengekang gejala tersebut, mendapat pelbagai reaksi daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Abd Ralip berkata hukuman itu berupaya mendidik masyarakat, khususnya remaja, agar tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang boleh menyebabkan mereka terlanjur, sekaligus berlakunya kes pembuangan bayi.

Beliau berkata sudah tiba masanya satu tindakan tegas diambil bagi mengekang situasi negatif tersebut daripada terus menular kerana ia semakin serius dan membimbangkan.

"Ada dua jenis jenayah iaitu satu, memang niat membunuh, dan satu lagi, niat cubaan membunuh, dan walaupun ia sekadar cubaan membunuh, perbuatan tersebut sudah dikira membunuh.

"Sebagai contoh, walaupun dia tidak ada niat untuk membunuh, tetapi bila dia buang bayi itu di satu tempat dan tiada orang jumpa, mungkin bayi tersebut akan mati dan ini sudah kira 'bunuh', jadi saya rasa amat wajar hukuman ini dilaksanakan," katanya kepada Bernama, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh, yang membawa hukuman gantung.

Khamis lepas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Jemaah Menteri bersetuju bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan bagi membendung penularan kes tersebut kerana kejadian buang bayi masih berleluasa, walaupun pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk menanganinya.

Turut menyuarakan pandangan sama ialah Timbalan Presiden Majlis Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Muhamad Burok, yang berpendapat hukuman itu dapat mengurangkan kes pembuangan bayi, namun perlu dilaksanakan dengan berhati-hati.

"Apabila hukuman ini dilaksanakan, yang pertama, kita kena berhati-hati kerana kita tahu ia berat ...jadi bila kes berat, beban pembuktianpun berat dan mesti ada siasatan serta bukti yang secukupnya.

"Contohnya, kita kena pastikan sama ada individu itu buang bayi atau mayat, kerana selalunya kes adalah mereka yang lepas lahirkan bayi, ia mati ...dan tidak tahu hendak buat apa, (jadi) mereka buangkan mayat itu...dan kalau begini, individu itu tidak boleh dikenakan hukuman mati," katanya.

Bagaimanapun, Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berpendapat hukuman itu perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan.

Katanya, hukuman mati bukanlah jaminan yang dapat mengurangkan atau mengekang situasi negatif itu daripada terus merebak.

"Saya menyambut baik keputusan kabinet mengenai hukuman berat ini, namun saya tidak nampak hukuman ini dapat menghapuskan kejadian pembuangan bayi kerana hukuman bagi penjenayah dadahpun berat juga, tapi orang tetap masih banyak terlibat dengan benda haram itu," katanya.

Beliau berkata adalah lebih baik jika langkah pencegahan dan hukuman dilakukan seiring kerana tindakan awal berupaya mengelak remaja daripada terlibat dengan gejala tersebut.

Katanya, beberapa tindakan awal seperti penapisan kandungan Internet, pemantauan berterusan di rumah urut serta pengawalan penjualan kondom di kawasan terbuka perlu diberi perhatian serius kerana ia mampu menyumbang kepada aktiviti seks bebas.

"Mungkin tidak hapuskan semua...tetapi mungkin akan dapat membendung senario ini daripada terus berleluasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan