Pengalaman Di Palestin Sangat Luar Biasa - Abdul Azeez

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pengalaman menyertai misi kemanusiaan di Gaza, Palestin adalah pengalaman luar biasa yang tidak boleh dibeli oleh wang ringgit, kata Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata pada misi itu, mereka mengenal pasti hampir 20 pelajar Palestin yang memohon untuk mendapatkan bantuan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran di Malaysia.

Abdul Azeez yang mengetuai misi anjuran kelab itu berkata bantuan biasiswa itu akan direalisasikan dalam misi kedua ke Palestin yang dijadualkan pada Disember ini.

"Semasa saya berjumpa mereka, bantuan yang sangat diperlukan dan dikehendaki ialah membantu anak-anak mereka menyambung pelajaran dalam jurusan perubatan misalnya," katanya dalam sidang media sejurus tiba di tanah air dari Gaza, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Rabu.

Abdul Azeez memberitahu, kumpulannya turut berdepan dengan saat-saat yang menakutkan apabila terpaksa bertemu dengan pemimpin kanan Hamas dan menunaikan solat sunat tarawih dengan diawasi oleh 2,000 tentera bersenjata.

"Kami berada di kawasan penempatan untuk pelarian dan di situ, apa sahaja boleh berlaku," katanya.

Misi mereka juga jelas beliau, diawasi oleh kamera tentera Israel yang diletakkan pada alat khas menyerupai layang-layang di ruang udara.

"Ada di kalangan anggota misi yang agak takut, tapi saya tanamkan dalam diri mereka bahawa kita berada di sini (Palestin) untuk misi kemanusiaan dan sedang berjihad. Jika berlaku apa-apa, kita akan (mati) syahid," katanya.

Abdul Azeez berkata kumpulannya berjaya memberi bantuan kepada 2,730 keluarga walaupun bantuan itu pada dasarnya disediakan untuk 1,500 keluarga.

"Bantuan itu semua adalah keperluan makanan untuk 30 hingga 45 hari dari bulan Ramadan ini hingga Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Artis terkenal tanah air Fauziah Latiff yang turut menyertai misi berkenaan berkata kesempatan berada di sana sesuatu yang sangat bernilai dan tidak teragak-agak menyertainya sekali lagi jika diberi peluang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan