Pekerja Asing Di Sabah Mungkin Tidak Dibenar Lagi Bawa Tanggungan

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pekerja asing khususnya warga Indonesia di Sabah mungkin tidak lagi dibenarkan membawa tanggungan, sebaliknya perlu menghantar keluarga mereka pulang ke negara asal selepas ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara itu merupakan satu daripada 20 cadangan yang dikemukakan Makmal Khas Pengurusan Warga Asing di Sabah.

"Serentak itu pas tanggungan mereka tidak akan diperbaharui atau dikeluarkan lagi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Rabu.

Pas tanggungan itu dikeluarkan ketika pelaksanaan program pemutihan pendatang tanpa izin sebelum ini, yang membenarkan pekerja asing tinggal bersama isteri dan anak mereka di negeri tersebut.

Hishammuddin berkata 20 syor itu adalah tambahan kepada 48 inisiatif yang telah dikemukakan Makmal Pengurusan Warga Asing peringkat nasional.

Syor itu telah dibentang kepada kerajaan negeri Sabah dan akan dibincang pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin akan datang yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ianya juga akan dimaklumkan kepada semua menteri Kabinet dari Sabah menerusi Mesyuarat Khas Berhubung Strategi Pelaksanaan Inisiatif Makmal Pengurusan Warga Asing yang dipengerusikan bersama olehnya dan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Hishammuddin berkata kerajaan Sabah juga akan menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing bagi memastikan pengurusan pekerja asing dan pendatang tanpa izin di negeri itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Makmal Khas Pengurusan Warga Asing Sabah yang dianggotai 27 wakil pelbagai agensi negeri dan persekutuan dilaksana selama empat minggu pada Mei lepas, bertujuan menangani serta menambah baik pengurusan pekerja asing dan pendatang tanpa izin di negeri tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan