Nik Nazmi Dilantik Pengarah Komunikasi PKR

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIK NAZMI NIK AHMAD
NIK NAZMI NIK AHMAD

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa Isnin.

Perlantikannya dibuat menerusi surat yang ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Nik Nazmi, 28, sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Sulit kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu beliau pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum kedudukannya digantikan oleh Faekah Husin pada Jun lalu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan parti itu, Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu juga akan turut menganggotai Biro Politik dan Biro Pengurusan serta mengetuai Biro Komunikasi Keadilan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan