Musang Hitam Pudar Ditemui Di Sarawak

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Musang hitam pudar, antara haiwan karnivor yang paling sukar ditemui di dunia, telah dikesan di sebuah kawasan konsesi balak di Baram, Sarawak.

Pengarah Program Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar (WCS) Malaysia, Dr Melvin T. Gumal berkata, lebih 10 imej haiwan itu dirakam kamera tersembunyi yang dipasang di Unit Pengurusan Hutan Selaan-Linau (FMU) sejak 2004.

"Musang pudar hitam adalah haiwan yang amat sukar ditemui. Haiwan karnivor kecil ini juga ditemui di Brunei dan Sabah. Tapi, jumlah yang direkodkan tidaklah sebanyak yang ditemui di kawasan tanah tinggi Sarawak. Mungkin hanya dua atau tiga sahaja (di Brunei dan Sabah)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sepanjang menjalalankan kaji selidik di kawasan Baram Atas sejak 2004 bagi memantau haiwan itu yang wujud di kawasan konsesi balak dikenali sebagai Selaan-Linau FMU, WCS Malaysia telah menemui 14 spesies, termasuk musang pudar hitam.

Musang ini berwarna coklat pekat di bahagian belakang dan berwarna putih di bahagian bawah tubuhnya. Sebahagian tapak kakinya pula ditumbuhi bulu.

Gumal berkata, WCS sedang berusaha untuk mengesan kawasan kediaman populasi haiwan itu kerana selama ini tidak terdapat banyak maklumat tentang habitat, taburan, keperluan dan ancaman yang dihadapi haiwan ini.

"Ini akan membolehkan kami mengesyorkan strategi pengurusan yang berkesan dan bantuan untuk menjamin kelangsungan hidup haiwan ini," katanya.

Beliau berkata, WCS bekerjasama rapat dengan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dan syarikat pembalakan dalam menjalankan program pendidikan dan kesedaran untuk masyarakat tempatan serta pekerja pembalakakan tentang pentingnya pemuliharaan hidupan liar dan hutan serta mendidik mereka tentang undang-undang berkaitan hidupan liar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan