Kabinet Lulus Garis Panduan Berkaitan Konsep 'Guarded Community'

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kabinet sudah meluluskan satu cadangan bagi memperkemaskan garis panduan khusus buat konsep kediaman berbentuk "gated community" dan "guarded neighbourhoods" yang semakin popular dalam negara sejak kebelakangan ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung berkata bagaimanapun garis panduan itu akan hanya dilaksanakan selepas ia diteliti oleh Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT).

Beliau berkata MNKT yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Ogos itu nanti dijangka akan dihadiri oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

"Sebaik sahaja MNKT meluluskannya, saya akan umumkan garis panduan itu dengan terperinci," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Konsep "gated community" dan "guarded neighbourhoods" mulai mendapat perhatian banyak pihak sejak kebelakangan ini apabila para penduduk, terutama di kawasan bandar, mula menggerakkan inisiatif sendiri bagi menjaga keselamatan harta benda dengan menggaji syarikat-syarikat keselamatan swasta untk mengawal keselamatan kawasan perumahan mereka.

Bagaimanapun di beberapa tempat konsep itu mula menampakkan respons yang pelbagai.

Chor berkata terdapat kira-kira 480 konsep kediaman sedemikian yang terdapat di Selangor, dan bukan semua penduduk bersetuju dengan langkah itu, di mana sesetengahnya enggan membayar yuran bulanan buat syarikat yang bertanggungjawab mengawal keselamatan.

Beliau berkata setakat ini tidak ada garis panduan standard berhubung bentuk kediaman itu, tapi sesetangah negeri ada memperkenalkan garis panduan sendiri untuk konsep kediaman moden itu.

Menurutnya di Selangor, pihak berkuasa tempatan membenarkan bentuk kediaman guarded comumnity dilaksanakan menerusi persatuan-persatuan penduduk, dengan sokongan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada penduduk.

"Pihak berkuasa tempatan juga membenarkan sebuah bilik kawalan dibina, dengan syarat permohonan bagi membinanya dibuat menerusi persatuan penduduk, dengan mendapat sokongan sekurang-kurang 85 peratus penduduk," katanya.

Selain itu persatuan penduduk berkenaan juga perlu bersetuju bahawa bilik kawalan pengawal itu tidak mempunyai sebarang penghalang laluan, dan lokasinya pula tidak menjejaskan kelancaran trafik.

"Kami harap cadangan garis panduan kementerian ini akan dapat diterima oleh pelbagai negeri supaya dapat diperkemaskan," katanya.

"Bagi gated communities, ia tidak menimbulkan banyak isu kerana ia sudah mempunyai satu badan pengurusan yang ditubuhkan di bawah hak milik strata, dan kebanyakan pangsapuri serta kondominium terletak di bawah kategori ini," tambahnya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan