Inkues Teoh: Dr Pornthip Tiba Di KL

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pakar patologi terkenal dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah hari Selasa dengan kawalan keselamatan yang tinggi.

Dr Pornthip dijadual memberikan keterangannya dalam inkues bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu.

Beliau yang dilantik khas oleh Kerajaan Selangor mencetuskan kontroversi setelah mendakwa 80 peratus Beng Hock dibunuh sekali gus keterangan itu bertentangan dengan teori bedah siasat kali pertama bahawa mendiang membunuh diri.

Dakwaan pakar itu berdasarkan pemerhatiannya pada kesan lebam di leher Beng Hock seperti dicekik dan kecederaan pada dubur seperti kecederaan ditusuk.

Namun Dr Pornthip enggan hadir pada prosiding yang sepatutnya bersambung pada 20 April lalu atas alasan menerima 'tekanan politik' daripada Kerajaan Malaysia.1

Bagaimanapun pakar perubatan forensik dari United Kingdom, Dr. Peter Vanezis menyangkal pendapat Dr. Pornthip bahawa wujudnya kesan lebam akibat dicekik pada leher Beng Hock.

Beliau sebaliknya bersetuju dengan pandangan pakar patologi dari Hospital Sungai Buloh, Dr. Shahidan Md. Nor bahawa kesan lebam yang ditemui pada leher Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor itu adalah kecederaan akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Vanezis yang turut hadir pada sesi bedah siasat kedua mayat Beng Hock sebagai pemerhati mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan demikian semasa memberi keterangan dalam prosiding inkues siasatan kematian lelaki itu di Mahkamah Koroner padea April lalu.

Beng Hock, 30, setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu, di koridor tingkat lima Bangunan Plaza Masalam di sini, yang turut menempatkan pejabat SPRM di tingkat 14 bangunan sama, kira-kira 10 jam selepas memberi keterangan kepada SPRM dalam siasatan penyelewengan peruntukan kerajaan negeri.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan