Indonesia Hantar Nota Diplomatik Bantah Insiden Di Bintan

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Indonesia, Rabu menghantar nota diplomatik kepada Malaysia bagi membantah penahanan tiga pegawai lautnya oleh Polis Marin Malaysia pada Jumaat lepas.

Menteri Luar Dr Marty Natalegawa berkata nota bantahan itu menyatakan pendirian tegas Indonesia bahawa Malaysia telah melakukan pelanggaran terhadap integritinya kerana kejadian itu berlaku dalam wilayah Indonesia.

"Kami sangat prihatin kerana tindakan itu bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Kami tidak dapat menerima perlakuan terhadap pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Nota diplomatik itu diserahkan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan di Kementerian Luar Indonesia di sini pagi Rabu.

Dalam kejadian Jumaat malam itu, para pegawai penguatkuasa Jabatan Kelautan dan Perikanan Indonesia pada mulanya telah menahan tujuh nelayan Malaysia yang didakwa menceroboh kawasan perairan Indonesia tetapi Polis Marin Malaysia pula dilaporkan menahan tiga pegawai penguatkuasa kementerian itu dengan dakwaan mereka menceroboh perairan Malaysia.

Kejadian dilaporkan berlaku di perbatasan perairan Malaysia dan Indonesia sekitar Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia.

Natalegawa berkata Indonesia telah memastikan bahawa kejadian penahanan tujuh nelayan Malaysia oleh pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia berlaku dalam wilayah Indonesia berdasarkan peta nombor 349 tahun 2009.

Kementerian Luar Indonesia sebelum ini dikritik hebat di sini terutamanya ahli politik dan pemerhati politik kerana tidak memperlihatkan ketegasannya dalam menangani insiden itu, lebih-lebih lagi apabila tiga orang pegawai kerajaan negara itu telah ditahan oleh polis Malaysia.

Natalegawa berkata pihaknya mengambil sedikit masa sebelum menghantar nota diplomatik itu kerana mengambil sikap berhati-hati terutamanya dalam menentukan bahawa insiden itu berlaku dalam wilayah Indonesia.

Sebelum ini, katanya, Kementerian Luar Indonesia telah menyuarakan protes keprihatinan dan pendiriannya berhubung insiden itu kepada Malaysia.

Natalegawa berkata Indonesia berharap perundingan perbatasan perairan negara dapat segera diadakan dengan Malaysia bagi mengelak insiden seumpama di Pulau Bintan itu daripada terus berlaku.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan