Balu Tentera Terharu Terima Bantuan Khairat ATM

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: "Terima kasih kepada ATM, sumbangan wang khairat ini bukti bahawa nasib bekas tentera, anak dan isteri tidak pernah diabaikan."

Demikian kata-kata Dayang Tarisah Abang Sebli, 61, balu Pegawai Waran I Mohd Saary Yahya, selepas menerima bantuan khairat RM500 daripada Jabatan Hal Ehwal Vateran ATM Cawangan Sarawak di sini hari ini.

Mohd Saary meninggal dunia empat bulan lepas akibat penyakit pada hempedu.

Dayang Tarisah, seorang daripada empat penerima bantuan khairat itu, berkata walaupun mempunyai empat anak dan empat cucu, pemergian suaminya menyebabkan dia berasa sunyi lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

"Selepas bersara suami saya bertugas di pejabat khidmat masyarakat Ahli Parlimen Petra Jaya, Fadillah Yusof, dan biasanya bila bulan puasa Allahyarham memang sibuk dengan pelbagai program bersama anak yatim dan bantuan kebajikan," katanya.

Turut menerima bantuan khairat itu ialah Putit Lani, Lyion Jonjen dan Jeleni Grisang manakala penerima bantuan persekolahan berjumlah RM500 (sekolah rendah) dan RM700 (sekolah menengah) ialah Jaya Budis, Alijah Neeman, Noel Mikai, Demas Tungkat, Abdul Rashid Latif, Mohd Yusof Halid, Brum Satat dan Manggang Belalang. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan