31 Kematian Dalam Penjara Bagi Tempoh 10 Tahun Lepas

Diterbitkan: Rabu, 18 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 31 kematian membabitkan banduan dilaporkan berlaku di dalam penjara di seluruh negara sepanjang tempoh 10 tahun lepas, kata Timbalan Pengarah Keselamatan Jabatan Penjara Supri Hashim.

Beliau berkata kebanyakan kes adalah disebabkan penyakit yang dihidapi seperti HIV selain bunuh diri, namun tidak ada kematian disebabkan pergaduhan atau penggunaan senjata buatan sendiri.

"Pergaduhan membabitkan banduan juga sebenarnya sangat jarang berlaku di dalam penjara," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau bagaimanapun mengakui banduan kreatif membuat senjata dan antara peralatan yang biasa diubahsuai mereka ialah pen, berus gigi, klip paip, sudu, kayu dan paku.

Untuk mengelakkan insiden tidak diingini, Supri berkata pihak penjara akan membuat pemeriksaan mengejut bagi memastikan tidak ada peralatan di dalam sel yang hilang.

"Daripada pemeriksaan itu, kita akan tahu bahawa peralatan tersebut telah diambil oleh banduan untuk dijadikan senjata. Tugas kita ialah untuk mendapatkannya sebelum ia digunakan," katanya.

Pihaknya juga meningkatkan pemeriksaan ke atas banduan, petugas penjara serta anggota keluarga banduan yang datang melawat.

Pemeriksaan ke atas pelawat juga bagi membendung penyeludupan barang-barang seperti dadah, tembakau dan telefon bimbit, katanya.

Supri berkata pada masa ini terdapat lebih 34,000 banduan menjalani hukuman di 31 buah penjara di negara ini, dan 12,000 daripada mereka adalah warga asing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan