Tujuh Nelayan Gembira Detik Hitam Ditahan Berakhir

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Selepas lima hari berada dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia, keceriaan dan kelegaan menyelubungi wajah tujuh nelayan Malaysia apabila mereka menjejakkan kaki di Jeti Stulang, di sini hari ini.

Salah seorang nelayan terbabit, Mulimin Mahmid, 53, berkata, beliau tidak dapat menggambarkan kegembiraan di atas kebebasan yang dikecapinya hari ini dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang berusaha membebaskan mereka.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Indonesia kerana telah menjaga kami dengan baik (sepanjang tempoh penahanan mereka di republik tersebut)," katanya kepada pemberita yang menunggu jeti itu hari ini.

Beliau dan enam rakannya yang ditahan pihak berkuasa Indonesia Jumaat lepas tiba di Jeti Stulang pada 11.20 pagi ini dengan menaiki feri penumpang 'Pintas Samudra' dari Pulau Batam, Indonesia.

Turut berada di Jeti Stulang untuk menyambut kepulangan mereka ialah Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohd Sebot.

Kumpulan tujuh nelayan tempatan itu kemudiannya dibawa menaiki van polis yang membawa kesemua mereka ke Pengerang untuk bertemu dengan keluarga masing-masing.

Sementara itu, Mulimin berkata, pada ketika ini beliau hanya ingin bertemu dengan keluarga dan belum terfikir untuk turun ke laut meneruskan kehidupan sebagai nelayan di Pengerang.

"Apa yang ada dalam kepala ketika ini adalah untuk bertemu keluarga. Saya serik, saya tidak mahu kejadian yang sama berlaku lagi," katanya yang telah 16 tahun menjadi nelayan.

Seorang lagi nelayan, Chong Ah Choi, 58, pula berkata, walaupun pengalaman ditahan pihak berkuasa Indonesia itu menakutkan, tetapi beliau tidak mempunyai pilihan selain meneruskan kehidupan sebagai seorang nelayan.

"Saya sudah jadi nelayan 30 tahun, tidak ada kerja lain, saya perlu terus jadi nelayan," kata warga Sungai Rengit yang mempunyai empat anak itu.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan semua yang terlibat dalam mengusahakan pembebasannya daripada tahanan pihak berkuasa republik terbabit.

Jumaat lepas, Mulimin dan Chong bersama lima rakan mereka yang lain, Boh Kee Soo, 63, Roszaidy Akub, 29, Faisal Mohamad, 39, Ghazali Wahab, 41, dan Lim Kok Guan, 32, ditahan oleh pihak berkuasa perikanan Indonesia ketika sedang menangkap ikan di perairan tenggara Tanjung Punggai, Pengerang kira-kira 9.30 malam.

Mereka kemudiannya dibawa ke Pulau Batam untuk siasatan lanjut oleh pihak berkuasa republik itu.

Sementara itu difahamkan, tiga anggota perikanan Indonesia yang ditahan oleh polis Marin Malaysia dalam kejadian yang sama turut dibebaskan hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan