Saravanan: Siasat Surat Beracun

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan meminta polis menyiasat secepat mungkin 'surat beracun' yang mendakwa beliau terbabit dalam aktiviti menyediakan pelacur kepada orang kenamaan dan penyeludupan dadah.

Beliau berkata, siasatan perlu dilaksanakan dengan teliti dan keadilan perlu dibuat kepada semua pihak yang terlibat.

"Tiada siapa yang boleh bebas daripada undang-undang, bukan saya ataupun orang yang membuat laporan berkenaan mahupun penulis surat berkenaan.

"Saya tak tahu apa-apa berkaitan gadis-gadis itu ataupun dadah seperti yang didakwa dalam surat berkenaan," katanya pada Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Bakri Zinin berkata, polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ipoh Barat, M S Arjunan yang mendakwa menerima surat berkenaan melalui email.

"Saya berharap individu yang menulis surat berkenaan tampil ke hadapan dan membuat laporan polis," katanya sambil menambah pihak polis memerlukan masa untuk meneliti surat tersebut dan membuat siasatan.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan