Perlembagaan Jamin Pemilikan Tanah Rizab Melayu - Pemuda Gerakan Kedah

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kepentingan orang Melayu dalam soal pemilikan tanah di negara ini sentiasa dilindungi oleh Perlembagaan dan tidak akan terhakis dengan pelaksanaan pemberian tender terbuka.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, perkara itu sudah termaktub dalam artikel 89 Perlembagaan yang memelihara hak orang Melayu dalam soal tanah rizab.

"Setiap negeri juga mempunyai peruntukan undang-undang yang menghalang penjualan tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu.

"Jadi dakwaan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) bahawa penjualan tanah strategik kerajaan menggunakan tender terbuka akan menghakis aset yang dimiliki oleh kaum Melayu dan Bumiputera adalah tidak berasas sama sekali," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perkasa, Datuk Ibrahim Ali yang menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan menggunakan kaedah tender terbuka bagi penjualan tanah strategik oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, sekiranya kaedah itu diteruskan, ia boleh mengakibatkan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera seperti yang terkandung dalam agenda Model Baru Ekonomi (MEB) tidak akan tercapai.

Mengulas lanjut, Keng Liang berkata Perkasa perlu faham pemberian tender terbuka akan memaksimumkan pendapatan kerajaan sekaligus memberik manfaat kepada semua rakyat Malaysia di negara ini.

"Hanya mereka yang layak sahaja, tidak kira orang Melayu atau bukan Bumiputera akan mendapat kontrak tersebut dengan pelaksanaan tender terbuka ini.

"Pelaksanaan proses ini juga tidak akan mengetepikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera di negara ini," katanya.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa pelaksanaan tender terbuka akan memberi hak sama rata kepada semua pihak untuk memenangi sesuatu projek yang dijalankan.

"Dakwaan hanya beberapa orang 'Melayu' sahaja mampu membeli tanah strategik kerajaan tidak lagi timbul.

"Oleh itu, langkah kerajaan untuk melaksanakan tender terbuka dalam penjualan tanah strategik milik kerajaan sangat dialu-alukan,” katanya.

Kelmarin, Kongres Ekonomi Cina Malaysia menuntut hak ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Pertubuhan itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.

Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres ekonomi yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur Sabtu lalu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan