PAS Mahu Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Penyelewengan Felcra

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS pada Selasa mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan pelbagai pihak terhadap kepincangan pengurusan Felcra termasuk penyelewengan melibatkan berbilion ringgit.

Menurut Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah Pas Pusat, Mazlan Aliman, hasil siasatan suruhanjaya berkenaan mestilah didedahkan kepada orang ramai bagi memastikan ketelusan terhadap siasatan yang dijalankan.

"Sebahagian daripada 22 penyelewengan, salah guna kuasa dan isu rasuah melibatkan Felcra telah pun dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 31 Januari tahun lalu.

"Oleh itu kami menggesa SPRM menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat secara terperinci perjalanan Felcra dan anak-anak syarikatnya di samping menyemak kembali semua aduan yang telah dibuat sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat PAS pusat di sini.

Mengulas lanjut Mazlan berkata, selepas laporan itu dibuat, tiada sebarang maklumat mengenainya diperoleh daripada SPRM.

"Kita akan menyerahkan sebahagian lagi laporan dan aduan yang kita terima daripada peneroka Felcra kepada SPRM selepas hari raya ini.

"Bagi mengatasi masalah penyelewengan yang berlaku rombakan besar-besaran harus dibuat terhadap pegawai-pegawai kanan Felcra yang didakwa terbabit secara langsung," ujarnya.

Mazlan berkata, pihaknya mendapat maklumat dan fakta-fakta mengenai penyelewengan dalam Felcra melalui jawatankuasa badan bertindak Felcra yang telah ditubuhkan pada tahun lalu.

"Kita telah berjumpa dengan lima menteri dan Ahli Parlimen untuk mengadu berkenaan masalah penyelewengan ini, namun tidak ada sebarang tindakan diambil hingga kini.

"Antara pemimpin yang telah kita temui, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Azmi Khalid, Datuk Seri Aziz Shamsuddin dan Datuk Seri Shafie Apdal, tapi semuanya senyap sahaja," katanya.

Disamping itu juga, Mazlan berkata, PAS akan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membongkar pelbagai isu berkaitan penyelewengan yang berlaku di Felcra seluruh negara.

"Kita akan menubuhkan sebuah NGO selepas hari raya nanti untuk mengumpul maklumat, data-data mengenai dakwaan penyelewengan dalam Felcra, " katanya.

Beliau mendakwa, masalah penyelewengan pengurusan kewangan Felcra serius dan perlu segera ditangani sebelum masalah yang lebih serius berlaku hingga menyebabkan peneroka rancangan Felcra terus menerima padahnya.

Sementara itu, PAS turut menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung penyalahgunaan kuasa polis kerana menceroboh ceramah markaz parti itu di Sungai Tongkang, Batu Pahat pada 31 Julai yang lalu.

"Kita minta Suhakam siasat bagaimana polis boleh menceroboh premis PAS dan menghalau pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang memberi ceramah pada ketika itu.

"Pihak polis juga bersikap tidak adil kerana telah membenarkan program yang serupa berlangsung di restoran Sea View di Jalan Tanjong Labuh dibenarkan oleh Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Assisten Supritendan Polis, Ibrahim Mohd Aris,” katanya.

PAS mendakwa polis memberikan alasan, tempat ceramah di Sg Tongkang tidak selamat untuk mengadakan ceramah kerana bangunan itu masih belum siap sepenuhnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan