MCA Tiada Rancangan Atau Berminat Gugat Hak Kaum Lain

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengulangi pendirian beliau bahawa parti itu tidak ada rancangan atau berminat menafikan hak masyarakat lain.

Bagaimanapun, beliau berkata MCA mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi peranannya sebagai sebuah parti yang berasaskan kaum Cina yang terbesar dalam Barisan Nasional (BN), untuk terus menjadi relevan dalam masyarakat.

"Kita memang perakui bahawa bumiputera hendaklah diberikan harga yang diutamakan dalam sektor ekonomi tertentu apabila ekonomi diliberalisasikan untuk tender terbuka.

"Untuk membolehkan bumiputera bersaing dalam asas yang lebih saksama, kita mencadangkan bagi satu pengurangan secara perlahan-lahan sebanyak 30 peratus ekuiti dan memperkenalkan harga yang diutamakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata kesetiaan parti kepada BN janganlah dipersoalkan kerana ia telah melalui masa yang baik dan tidak baik ketika Umno mengalami masalah.

Chua membuat kenyataan ini ekoran peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada beliau agar jangan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan atau prejudisial terhadap kaum lain.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Chua Isnin lepas bahawa MCA tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam aspek kepentingan masyarakat Cina atau memilih tidak menyatakan pendiriannya.

Chua berkata jika Malaysia mahu mencapai sasaran yang ditetapkan dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RKM-10) dan Model Baru Ekonomi untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, ia hendaklah menarik pelaburan dalam dan luar negara.

"Bagi menarik pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion di bawah RMK-10, kita mestilah pastikan bahawa ekonomi kita kompetitif dan bergerak," kata beliau.

Katanya sasaran itu hanya akan dicapai dengan meliberasasikan sektor seperti minyak, gas dan telekomunikasi serta potongan subsidi dan melaksanakan sistem tender terbuka dengan harga yang diutamakan untuk bumiputera.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan