Kilang Perabot Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Sebuah kilang perabot musnah dalam kebakaran dengan menyebabkan kerugian hampir RM1 juta di Jalan Simpang Balak, Off Batu 13 Jalan Cheras di sini, Isnin.

Pegawai Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, Mohd Afandi Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.44 malam dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian.

Katanya, seramai 35 anggota dengan tiga buah jentera dari Kajang, Seri Kembangan dan Pandan Indah dikejarkan ke tempat kejadian dalam usaha memadamkan kebakaran itu.

"Semasa pasukan itu tiba, kilang berkenaan sudah hampir 80 peratus terbakar," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Afandi berkata, api berjaya dikawal dalam tempoh 50 minit dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan