Jenayah Pelajar Asing: Kelonggaran Proses Permohonan Kemasukan Antara Punca

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelonggaran dalam proses permohonan kemasukan pelajar asing di sesetengah kolej antara punca berlakunya kegiatan jenayah membabitkan golongan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, tidak dinafikan juga warga asing menyalahgunakan pas pelajar untuk masuk ke negara ini bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti penipuan.

“Berdasarkan kes yang dilaporkan, warga Afrika merupakan warga asing paling bermasalah. Jumlah kes jenayah membabitkan mereka amat tinggi,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Beliau mengulas laporan muka depan dalam akhbar The Star pada Isnin mengenai warga Afrika yang menyamar sebagai pelajar kolej yang menipu rakyat tempatan.

Sekurang-kurangnya seramai 200 warga kota Kuala Lumpur telah menjadi mangsa mereka membabitkan penipuan wang hampir RM10 juta.

Sebanyak 56,002 pas pelajar yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen tahun ini sehingga 15 Julai dan daripada jumlah itu, kira-kira 1,670 pas pelajar dikeluarkan untuk warga Afrika.

Selain pas pelajar, kemudahan lain yang turut disediakan Jabatan Imigresen bagi kemasukan warga asing ke negara ini seperti pas lawatan sosial dan pas lawatan kerja sementara.

Abdul Rahman berkata, setiap pengeluaran pas pelajar untuk warga asing hanya dilakukan selepas disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) termasuk kolej yang menawarkan kursus pengajian kepada mereka.

“Difahamkan terdapat segelintir pelajar terbabit tidak meneruskan pengajian dan KPT boleh memaklumkan perkara itu bagi membatalkan pas pelajar mereka.

“Tindakan ini akan dilakukan berdasarkan maklumat yang dikemaskini oleh KPT dari masa ke semasa,” tambahnya lagi.

Tempoh pas pelajar yang dikeluarkan kepada warga asing bergantung kepada peringkat pengajian atau kursus yang ditawarkan mereka antara satu tahun sehingga tiga tahun.

Jelasnya, bilangan mereka yang menyalahgunaan kemudahan itu sukar dikenal pasti sehingga Jabatan Imigresen melakukan pemantauan dan penguatkuasaan.

“Berdasarkan operasi, antara lokasi yang menjadi tumpuan warga Afrika menetap lebih masa di kawasan sekitar Kepong, Taman Connought (Kuala Lumpur) dan Nilai (Negeri Sembilan).

“Setakat ini, tiada kesalahan jenayah yang dilaporkan apabila tangkapan dibuat. Kesalahan mereka hanyalah menetap di negara ini lebih masa,” katanya.

Justeru, Abdul Rahman berkata, Jabatan Imigresen bercadang mewujudkan operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membanteras kegiatan jenayah membabitkan warga asing yang menyalahgunakan kemudahan kemasukan ke negara ini.

Sebelum ini, katanya, operasi pemantauan dan penguatkuasaan hanya dilakukan secara persendirian bagi menangkap warga asing yang menetap di Malaysia lebih masa.

“Tetapi kemungkinan warga asing yang masih sah tempoh menetap di sini sebenarnya lebih bermasalah kerana melakukan jenayah.

“Kami akan berbincang dengan PDRM mengenai cara terbaik bagi membanteras aktiviti jenayah membabitkan warga asing,” katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan