Jaminan Bekalan Keperluan Musim Perayaan Mencukupi Di Kelantan

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan memberi jaminan bekalan keperluan untuk pengguna di negeri itu pada musim perayaan Aidilfitri ini mencukupi.

Pengarahnya, Mohd Fauzi Haron berkata, ini berdasarkan jaminan yang diberikan oleh semua wakil pemborong dan peniaga barangan keperluan dalam pertemuan khas di pejabatnya di sini hari ini.

"Hasil perjumpaan dua jam itu, semua pihak yang terbabit dalam perniagaan memberi jaminan bekalan makanan untuk keperluan musim perayaan di Kelantan tahun ini cukup dan tidak akan dinaikkan," katanya kepada Bernama selepas perjumpaan itu.

Mohd Fauzi berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan di seluruh negeri bagi memastikan semua bekalan barangan dalam keadaan stabil ketika permintaan bertambah menjelang musim perayaan ini.

Menurutnya, hasil taklimat yang diberikan oleh Pengarah Veterinar Negeri Kelantan, Datuk Dr Mohd Zairi Serlan, bekalan daging dan ayam untuk keperluan sepanjang musim perayaan ini juga dilaporkan cukup dan terkawal.

Beliau berkata, perjumpaan itu adalah program tahunan yang diatur pihaknya bagi memastikan bekalan barangan untuk keperluan setiap musim perayaan mencukupi dan tidak menjejaskan pengguna. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan