Husam Bidas Editor Islamic Banker

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa membidas editor majalah Islamic Banker, Mushtak Parker dan menyifatkan beliau tidak layak memberi pandangan mengenai dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan PAS Kelantan.

Husam mendakwa penulis berkenaan mempunyai agenda tersembunyi apabila menuduh PAS Kelantan mengambil kesempatan terhadap emosi dan simpati orang Islam.

"Siapa dia? Dia tak layak nak komen mengenai tindakan kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan dirham perak.

"Kerajaan Kelantan ada penasihat ekonomi kami sendiri, kami yakin ia akan menguntungkan rakyat," katanya kepada mStar Online di sini Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mushtak, menerusi kolumnya di akhbar dalam talian Arab Saudi, Arabnews yang menganggap kerajaan PAS Kelantan mengamalkan politik oportunis murahan apabila mengumumkan penggunaan mata wang itu sempena permulaan Ramadan.

Malah Mushtak juga menyifatkan tindakan itu mencerminkan buta huruf pentadbiran PAS dalam dasar kewangan dan monetari yang jelas dilihat sejak ia memegang kuasa pada peringkat negeri pada 1990.

Akhbar sebelum ini melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, melancarkan Dinar Emas dan Dirham Kelantan sebagai mata wang alternatif untuk pelbagai urusan termasuk perniagaan, membeli-belah dan pembayaran zakat di negeri ini.

Selain itu Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan tetap mempertahankan tindakan kerajaan negeri memperkenalkan penggunaan dinar dan dirham.

"Orang ramai tak perlu pandangan kolumnis ini untuk faham kebaikan menyimpan dan berurusan dengan dinar dan dirham ini.

"Hanya berikan mereka peluang menyimpan beberapa keping dirham dan dinar di dalam poket... sekejap sahaja dinar dan dirham ini akan meningkat nilainya," katanya.

Menurut beliau lagi, penggunaan nilai mata wang ini akan menguntungkan pengguna kerana harganya akan terus meningkat.

"Simpan dinar dan dirham seperti menyimpan telur, esok ia akan menetas... bila menetas, nilai anak ayam akan lebih tinggi daripada telur.

"Itulah yang berlaku kepada emas, harganya akan terus naik dalam jangka masa panjang dan penyimpannya boleh dapat untung daripada kenaikan itu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan