Gangguan Bekalan Air Di Tampin, Gemencheh

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Beberapa kawasan di Tampin dan Gemencheh akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam mulai 12 tengah malam ini berikutan penutupan sementara Loji Rawatan Air Dangi, Tampin untuk kerja pembaikpulihan.

Pengurus Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains), Azlan Abdul Aziz berkata, kerja pembaikpulihan yang melibatkan penyelenggaraan panel elektrik di muka sauk loji itu adalah diluar jadual dan perlu dilakukan segera.

"Kerja penyelenggaraan ini perlu dilaksanakan bagi memastikan operasi loji itu dapat berjalan dengan lancar sempena musim perayaan Hari Raya Aidil Fitri ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kawasan yang terlibat dengan gangguan itu di Tampin ialah Taman Clonlee; Taman Clonlee 2; Taman Tunku Besar; Taman Minang; Taman Batu Belang; Taman Permai; Taman Indah; Taman Suria; Kampung Batu Belang; Taman Bukit Ria; pekan Tampin; Jalan Seremban-Tampin; Pusat Serenti; dan Kampung Jeram Repah.

Di Gemencheh pula ialah pekan Gemencheh; Industri Kecil Gemencheh; Rumah Rakyat Geduk; Kampung Baru Geduk; Ladang Hock Teck; Ladang Sin Huat; Kampung Jelawai; Taman Muhibbah; Rumah Rakyat Gemencheh 2; Taman Sri Intan Baru; Taman Molek; Taman Pekan Gemencheh; Taman Gembira; Kampung Sri Gemencheh; Taman Orked; Taman Datuk Mohd Taha; dan Taman Impian Jaya.

Kawasan lain ialah Taman Sri Asahan; Kampung Asahan; Sri Asahan; kawasan Felda Bukit Rokan Utara; kawasan Felda Bukit Rokan; Kampung Ulu Rokan; Kampung Batang Rokan; Rumah Rakyat Batang Rokan; Kampung Gemencheh Lama; Rumah Rakyat Gemencheh Lama; Kampung Sungai Jernih; Kampung Sungai Kepong; Taman Yu Yee; Taman Sentosa; dan Kampung Baru Bangi.

Beliau berkata, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat mulai pukul 12 tengah hari esok. Azlan berkata bagaimanapun beberapa kawasan tinggi dan berada di penghujung sistem retikulasi dijangka akan mengalami gangguan memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa.

Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari itu diminta menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan