Filem Dan Video Mungkin Antara Punca Masalah Buang Bayi, Keganasan

Diterbitkan: Selasa, 17 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kes pembuangan bayi serta keganasan yang semakin berleluasa di negara ini berkemungkinan mempunyai kaitan dengan bahan yang ditonton masyarakat.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri, S Tanasengran berkata sehubungan itu, pihaknya kini bekerjasama dengan beberapa universiti awam menjalankan satu kajian berhubung impak bahan yang ditonton terhadap kelakuan individu.

"Kajian ini nanti akan membolehkan kementerian membuat polisi dan peraturan lebih berkesan dalam penyiaran bahan-bahan tontonan," katanya kepada pemberita selepas melawat bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan cawangan Pahang, di sini Isnin.

Kajian itu katanya melibatkan Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tanasengran berkata sekalipun kajian mengenai perkara itu belum pernah dilakukan di negara ini, namun kajian di negara luar menunjukkan wujud impak media seperti filem terhadap masyarakat.

Antara bahan tontonan yang mampu memberi kesan negatif termasuklah pornografi, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan