Rosmah Nasihat Isteri Anggota Tentera Yang Bertugas Semasa Aidilfitri Bersabar

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menasihati isteri dan keluarga anggota tentera yang terpaksa bertugas di dalam dan luar negara semasa Aidilfitri supaya bersabar dan tabah menghadapi situasi tersebut.

Katanya, beliau sebagai seorang isteri begitu memahami perasaan apabila suami yang juga ketua keluarga terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tugas dan tanggungjawab kepada negara meskipun pada sambutan Aidilfitri.

"Percayalah, saya pernah melalui situasi yang sama ketika suami saya (Datuk Seri Najib Tun Razak) pada ketika itu bertugas sebagai Menteri Pertahanan terpaksa meninggalkan saya di Rome disebabkan beliau ingin menyambut Hari Raya dengan anggota tentera kita yang bertugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bosnia Herzegovina.

"Ketika dalam perjalanan pulang, helikopter yang dinaiki beliau 'delay' (lewat) dua jam disebabkan ada anggota rombongan yang sesat dan dalam masa dua jam itulah saya ni cukup risau memikirkan keadaan suami saya dan masa dua jam tu pula terasa lama, ibarat macam 20 hari," kata Rosmah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada anggota tentera di Kementerian Pertahanan di sini pada Isnin.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) berkata badan itu sedia menambah sumbangan sekiranya Kementerian Pertahanan menambah bilangan anggotanya pada tahun depan.

"Jika Kementerian Pertahanan menambah anggota untuk Hari Raya tahun depan, bolehlah kami di Bakti menambah sumbangan untuk para anggota tentera yang bertugas pada hari lebaran," katanya.

Pada majlis tersebut, sebanyak 15,000 beg galas mengandungi antaranya kuih, makanan segera, vitamin dan kain pelikat, sumbangan pelbagai pihak termasuk Bakti, Kumpulan Sapura, Koperasi Tentera, Bank Muamalat, Pharmaniaga dan Dewina Holdings Sdn Bhd diserahkan kepada Kementerian Pertahanan untuk diagih-agihkan kepada anggota tentera yang bertugas pada Hari Raya.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Yang Dipertua Bakti Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahim. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan