Rakyat Bosan Lihat Pemimpin Berkelahi Sama Sendiri: Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemimpin UMNO diminta berhenti daripada berkelahi sesama sendiri kerana rakyat sudah bosan dengan kerenah sedemikian, kata Naib Presidennya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya politik sesama sendiri perlu dihentikan dan tumpuan seharusnya diberikan kepada usaha membangunkan negara.

"Kita ada banyak lagi kerja untuk membina negara dalam dunia yang semakin sempit dan mencabar kini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat badan Perhubungan UMNO Terengganu di sini, Ahad.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan semua Ketua UMNO bahagian di negeri itu.

Hishammuddin, yang juga pengerusi badan perhubungan negeri itu, berkata demikian ketika diminta mengulas masalah yang berlaku di beberapa bahagian UMNO termasuk di Setiu, Terengganu.

Bahagian itu dilihat bermasalah setelah empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Parlimen itu gagal hadir pada persidangan perwakilan bahagian yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 16 Julai lalu.

Hishammuddin berkata pemimpin yang melakukan sesuatu yang tidak berkisar kepada realiti politik hari ini akan dinilai peranan mereka oleh pucuk pimpinan terutama pada pilihan raya umum akan datang.

"Apabila kita nak menentukan barisan yang akan bersama-sama dengan kita pada pilihan raya umum ke-13 nanti, saya percaya semua ini akan diambil kira oleh pucuk pimpinan untuk menengahkan calon yang boleh diterima rakyat," katanya.

Katanya apa yang berlaku di Setiu menunjukkan Terengganu tidak terkecuali daripada menghadapi masalah yang perlu ditangani dengan baik.

"Kita tidak ambil tindakan terhadap mereka. Dalam hal ini jangan kata pihak pembangkang pun tidak ada masalah dalaman, tetapi kerana mungkin belum berkuasa, mereka dapat menyembunyikannya daripada orang ramai," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan