Polis Akan Soal Anwar Mengenai Gambar Sultan Johor Dalam Ceramah PKR

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BATU PAHAT: Polis akan memanggil Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merekodkan keterangannya bagi membantu siasatan berhubung penggunaan gambar Sultan Johor Sultan Ibrahim, pada kain rentang bagi satu ceramah parti itu di sini bulan lepas.

Ketua Polis Batu Pahat ACP Ibrahim Mohd Aris berkata keterangan Anwar akan diambil dalam masa terdekat supaya siasatan mengenai penggunaan gambar itu dapat diselesaikan segera.

Polis telah merekodkan keterangan daripada 52 orang individu termasuk penduduk tempatan dan ahli politik antaranya Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Ibrahim berkata polis telah merampas empat kain rentang yang dipasang di Semerah, Parit Sulong, Sri Gading dan Rengit.

Ketika bertitah pada majlis penutupan Kembara Mahkota Johor Bermotosikal di Kota Tinggi minggu lepas, Sultan Johor melahirkan rasa murka terhadap tindakan menggunakan gambar baginda itu kerana perbuatan itu boleh memecah-belahkan masyarakat. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan