Peraturan Kerja Separa Masa Dikuatkuasakan 1 Okt

Diterbitkan: Isnin, 16 Ogos 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JASIN: Kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober ini yang memberi jaminan faedah tertentu kepada orang ramai yang bekerja separa masa.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata, peraturan itu, yang telah diwartakan baru-baru ini, adalah bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separa masa daripada segi terma pemburuhan lebih jelas dan menyeluruh.

Peraturan tersebut mengandungi formula yang menentukan pembayaran gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Alamanda Jasin di sini, Isnin.

Subramaniam berkata, peraturan baru ini akan memberi jaminan faedah kepada 6.5 juta orang seperti suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja secara separa masa.

Beliau berkata, kerajaan meluluskan peraturan tersebut bagi memudahkan majikan mandapatkan tenaga kerja untuk kerja separa masa di samping menggalakkan majikan mengutamakan pekerja tempatan.

Subramaniam berkata, peraturan itu juga bagi mengelak pertikaian antara majikan dan pekerja berhubung kerja separa masa.

Beliau berharap suri rumah terutama mereka yang berkelulusan tinggi akan memanfaatkan langkah itu.

Katanya, penjawat awam juga akan mendapat faedah di bawah peraturan baru itu sekiranya mereka ingin melakukan kerja separa masa selepas waktu pejabat. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan